Yang kejam bukanlah kehidupan
Tetapi manusia itu sendiri
Tidak memikirkan akibat yang akan berlaku
Tidak merasakan kesan di atas tindakan kita
Memusnahkan kehidupan orang lain
Tanpa ada rasa simpati dan belas
Tiada penyesalan walau sebesar kuman di dalam hati
Aku sebagai manusia yg hina
Namun masih faham erti penyesalan
Masih mengerti erti simpati
Memang aku marah
Dengan manusia dikurniakan akal tapi bodoh
Dan hanya melepaskan nafsu semata-mata
Untuk kepentingan diri sendiri
Memang kau kejam
Tidak memikirkan makna kehidupan orang lain
Yang mungkin selama-lamanya berada dalam kegelapan
Sesungguhnya sedarlah bahawa kehidupan ini sementara
Sampai bila mahu menindas yang lemah
Kerna satu hari kau akan berada pada tempat asalmu
Akan tinggal juga kuasamu
Dan segala yang kau ada
Bertaubatlah selagi ada masa
~Fiezaoscura~
Respond for a case which makes me cry (a stepfather who raped his step child. CRUEL). T_T