Thursday, February 27, 2014

Set Berpantang Pilihan Hati (Tanamera + Nona Roguy)


Salam.. 
Ok, kali ni sy nak share pasal set berpantang yg sy pilih utk digunakan semasa berpantang nanti..
Sy pilih Tanamera + Nona Roguy. Tapi yg Tanamera sy cuma ambil yg VCO dengan brown soap sahaja sebab sy baca review yg sangat2 positif dari pengguna. Harga pon berbaloi, VCO hanya rm34, dan brown soap hanya rm15.. Klu satu set RM360. Saya dapatkan dua2 item ni di Giant Taman Permata. Jimat sbb takde delivery cost. Excited sgt nak pakai sebab baru tadi pegi beli masa lunch. hehehe.. Kalau nak tau keberkesanannya tunggu saya pakai dan share di next entry lah yer. Kat sini sy nak share kebaikan dua2 item ni..Byk sgt kegunaan VCO ni. Boleh pakai masa mengandung lagi tau. Bukan utk selepas bersalin sahaja. Dan yg paling menarik, ia boleh memudahkan proses bersalin. Dan brown soap boleh digunakan semasa mandi utk menghilangkan kesan2 hitam di kawasan seperti celahan ketiak dan kelangkang. Belum cuba belum tahu kan. Tak salah kita usaha. :)



Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:

a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).

Untuk kontraksi

a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum 

Penggunaan selepas bersalin

a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi.




source: Google



Cara Urutan Perineum


Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.


Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.



BROWN SOAP

Menanggalkan kulit mati/kesan hitam pada kulit seperti celahan ketiak, kelengkang. Membuatkan badan rasa bersih dan segar.

Bagi set berpantang pulak sy pilih Nona Roguy. Yg ni kalau dekat kedai biasanya dorg akan jual RM365. Tapi saya ade jumpa yg online jual RM300 sahaja,  siap dapat free bengkung + delivery.. Maybe sy akan beli dari sini > NR


SET HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY (NR)

Mengandungi : 

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
- Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. 
- Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
- Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.    
      
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
- Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
- Ia juga melancarkan peredaran darah disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.


* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.
- Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.


* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
- Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. 
- Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan

* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
-Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung. 
- Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.Lulur ini di gunakan satu kali seminggu dan boleh di gunakan semalam 1 bulan.


Nanti bila saya dah pakai lepas bersalin, baru sy boleh review semua item2 di atas ni yer.. hehe
Thanks 4 reading..

~Fiezaoscura~