Sunday, May 29, 2011

The Great Weekend

Halu. Weekend baru2 ni aku pegi Putrajaya n tido kat umah my best friend, Hana. Aku ngan Hana mmg dah kenal dari kecik sejak umur 6 tahun lagi. Dok kat kampung yg sama, sekolah rendah n menengah yg sama. Bila masuk universiti jer baru berpisah. My best friend, Nonie pon join sekali. Nonie ni aku kenal time kat sekolah menengah. Kira ktorg berdua kenal ngan Nonie time kat skolah menengah la. Smpai la sekarang masih keep in touch, and ktorg mmg rapat.

Ble dapat jumpa dorg mmg best gle ah. Dua ari rasa cam xpuas. Sumpah. Ktorg xpegi mana2 sgt pun, tapi sgt2 seronok sbb dpt spend time ngan my best friends yg dah agak lama xjumpe. Plus dapat tido ngan borak2 smpai pagi. Dah lama xdapat buat camtu. Last pun time kat asrama dlu la. Xmo cite byk2 sgt, just nak share gambar2 time ktorg kat sana. ;)

My best friend ever, Nonie



Me and Nonie

Hanna ngan Nonie

Time ni ktorg pegi tengok Super Junior M kat Dataran Putrajaya

Me and my lovely, Hanna

Lepaking kat Alamanda

Hanna ngan his boyfie, Incik Zaher


Kami.. :)

They are such a cute couple, rite. ;)

Nonie and his boyfie, incik Naim. ;)


Much Love
~Fiezaoscura~

Thursday, May 26, 2011

Yeay!

Arini UAT nampaknye cam berjalan ngan lancar. Ade sikit2 je yg nak kena betulkan. No major issue. Just yg minor one je. And some of it, aku dah siapkan dah. Just waiting for tomorrow, if everything is okay, then Alhamdulillah. Kiranya aku dah berjaya siapkan module aku ngan jayanya. Tadi pon pegawai2 kat hasil cakap, xde komen sgt la part yg aku buat tu. Feel really grateful now. Hope tomorrow everything will be fine. Ngan usaha keras aku selama beberapa bulan ni, kira berbaloi la if sume nye ok. Amin..

~FiezaOscura~

Friday, May 20, 2011

Happy!

I am happy today. Very happy! X yah la ckp sebab ape. Yg penting I am happy. Dah lama xrasa happy camni. hehe ;)

~Fiezaoscura~

Wednesday, May 18, 2011

Lepaking on Wed Nite

Dari mgu lepas bos aku ajak tgk wyg cite Kongsi,tp bz sket mgu lepas, so plan nk tgk mlm smlm la. Ktorg pon p la tgk mlm smlm tp disebabkan dorg ckp cite kongsi xbest, dorg p beli tiket cite Priest. Xpela, dua2 cite aku blm tengok lagi then aku pon just ckp ok je. Pas je balik keje tros gerak g Wangsa Walk. Nak bg review sket sal cite Priest, 4 me cite ni best gak la, cite sal paderi tp jenis yg kuat dan gagah perkasa bertarung dengan Vampire. Ok la not bad, byk action n jalan cite pon ok. Tp still sedey sbb xdpt gak aku nk tgk kongsi. huhuhu


Pastu pas je abes wayang bos ckp nak belanja makan steak kat Taman Melawati, klu xslp aku nama restoran tu Trom. Masuk2 je restoran tu tengok mmg nmpk ekslusif la, tp kosong je xde org. Pastu duduk n tengok2 menu, wth! Mahal gle makanan kat situ. No wonder la xde org yg mkn.tmpt org2 kaya rupenye.huhu

Pastu bos aku tanya kat waiter ape yg menarik n plg best kat situ, org tu ckp 'wagyu'. Bos aku ckp wagyu ni cam daging fresh yg dorg amek dr farm dorg sendiri. Rasa die mmg sedap n lembut. Bos aku ckp la, aku serius mmg xpenah rasa bnde2 mahal gini. Ok fine pastu bos aku cakap die nak order yg tu. Aku pon cari2 la dlm menu tu makanan yg cam bos aku order, egt nk try gak. Tgk2 RM 149.90 ye satu pinggan. huhu gle la. x tergamak rasa nk order makanan semahal tu. Kakak sorg tu order sama cam bos aku. Aku ni still lagi termanggu2 tengok menu, xtau nak makan ape. Takot weyh tgk harga nye, nk order sama cam bos rasa serba salah.hehe Last2 aku pon pilih Grilled Spring Chikcen je lah. Tu pon harga dia rm49.90 ye. huhu n sorang lagi kak tu order fish n chips, rm39.90. jap aku letak gmbr sket.


Kak Shikin ngan Kak Widya ~


Ni lah die 'Grilled Wagyu Tender Loin' (rm 149.90).
Nampak sket je kan, cam mkn sorg pon belum tentu cukup. Tp rasa die wallawey sedap gle. Lembut gle daging die..



Yg ni Kak Shikin order 'Fish and Chip' (rm39.90)



Mushroom Soup


Yg ni air yg aku order. Hot chocolate jer. hehe


Ni lak makanan yg aku oder 'Grilled Spring Chicken' (rm49.90)
Ayam die mmg byk ade 4 ketul. Siap boleh bungkus bawak balik lah! hehe


Yg pasti diet aku mmg out yg mlm tadi. Yela bkn senang nk org belanja mkn mahal2 camni, klu diet gak rugi la demo! hehe Xpela sesekali je kan. Thanks bos! alamak terlupe nk snap gmbr bos la. sory2..huhu

p/s : nasib bek bos aku dah kwen klu x dah lama dah aku tackle. haha > just joking <


Tuesday, May 17, 2011

Mengurangkan Berat Badan

Pada asasnya terdapat tiga cara untuk mengurangkan berat badan.

# berdiet

# bersenam

# gabungan berdiet dan bersenam

Namun mengurangkan berat badan berlainan daripada mengurangkan lemak. Jikalau anda tersilap langkah, apa yang anda ingat adalah pengurangan berat badan hanyalah pengurangan air dan tisu tanpa lemak, yang sesungguhnya anda tidak ingin mengurangkannya. Lemak itu tetap berkekalan. Inilah sebabnya orang mendapati bahawa diet mereka tidak berjaya dan berat yang dikurangkan itu kembali ke asalnya dalam masa singkat.

Oleh itu sebelum anda memilih mana-mana kaedah mengurangkan berat badan, anda sepatutnya tahu jenis berat badan yang akan dikurangkan olehnya.

Berdiet saja

Berdiet adalah cara paling lazim dan sering disalah faham dan disalahgunakan untuk mengurangkan berat badan. Terlalu ramai di kalangan kita menilai keberkesanan sesuatu diet semata-mata berasaskan kepantasan diet itu menghapuskan kilogram tambahan itu. Pengurangan berat badan yang agak ketara biasanya berlaku pada permulaan mana-mana diet kerana simpanan glikogen (gula) badan sedang dikurangkan dan sebahagian daripada air badan dikurangkan. Selepas itu, sesuatu diet yang sihat akan mengurangkan berat badan pada kadar beransur-ansur.

Piawaian yang sihat diterima adalah pengurangan pada kadar kira-kira 0.5 kg (1.1 paun) seminggu. Ini dicapai dengan memotong 500 kalori sehari daripada diet biasa. Apabila dicampurkan, ini adalah suatu pengurangan sebanyak 3,500 kalori seminggu, yakni bilangan kalori dalam 0.5 kg (1.1 paun) lemak.

Kajian menunjukkan kira-kira 70 peratus daripada pengurangan berat badan itu adalah lemak dan yang bakinya tisu tanpa lemak. Berdiet dengan cara yang betul akan memastikan kebanyakan berat badan yang dikurangkan itu adalah lemak tetapi ia tidak dapat menghalang kehilangan sedikit tisu tanpa lemak.

Bersenam saja

Senaman seperti berjoging, berjalan, berenang dan mengayuh basikal dapat mengurangkan berat badan dengan membakar kalori berlebihan. Kajian menunjukkan kebanyakan pengurangan adalah perlahan. Sebagai contoh, jika anda mula berjoging untuk mengurangkan berat badan, anda boleh menjangka dapat mengurangkan kira-kira 2.2 kg (4.8 paun) dalam kira-kira 10 minggu

Berdiet dan Bersenam

Ini cara paling selamat dan berkesan mengurangkan berat badan. Berdiet dan bersenam pada masa yang sama dapat menghasilkan pengurangan berat kira-kira 0.7 kg (1.5 paun) seminggu di mana 0.5 kg (1.1 paun) daripadanya adalah daripada berdiet dan pengurangan itu adalah pengurangan dalam lemak kerana senaman dapat menambahkan tisu tanpa lemak yang akan menurunkan peratusan lemak badan anda melebihi pengurangan berat badan yang ditunjukkan.

Jadi perlu diingatkan bahawa sekiranya anda ingin mengamalkan diet yang selamat, jangan lupa untuk memasuki jenis bahan makanan yang disenaraikan di atas di dalam menu harian anda. Di samping itu, pada tahap ini saya menganggap anda sudah memahami bahawa berdiet serta melakukan senaman adalah cara paling berkesan mengurangkan berat badan.


Source: http://www.srikasih.co.cc/2009/03/3-cara-asas-mengurangkan-berat-badan.html

Hang out

Malam semalam mmg boring gile, sbb sok nye cuti (Wesak Day). Mmg xtau nak buat ape. Pastu cek2 dalam laptop baru teringat yg aku ada download movie Aku Tak Bodoh, so tengok la cite tu. Tiba2 Nabil mesej ajak kuar lepak ngan Kamil and awek dia. Mula2 egt xjadi dah, sbb dah lewat dah time tu, kol 10 lebih. Aku pon on je la, mmg sesuai sgt la time tu ngah boring gle. Ingat nak pegi release tension sekali.

Tempat 1st dorg bawak aku kat Bukit Ampang, cun gle kot view kat tmpt tu. Nampak view KL waktu malam. Penuh dgn lampu2 and klcc nmpk cantek sgt dr atas bukit tu. Seriously dah lama aku teringin nak g tgk tmpt camni before, tp xtau dkt mana. Sebelum ni tgk dlm movie je tmpt cmtu. Last2 tercapai gak impian aku. Kat bwh ni ade gambar tp xbrape jelas sgt maklum ler tgkp gmbr gune phone je. huhu


Lama gak lepak situ sambil makan bnde yg cicah2 tu, hope nti dpt dtg sini lagi.

Pastu dorg bwk aku g round KL, n ktorg singgah kat downtown Cheras kejap. Tp time tu dah banyak nk tutup sebab dah kol 2 cmtu. Pastu g round kat Taman Tasik Permaisuri tapi xberani nak singgah lepak sbb tgk ramai mamat2 motor bwk geng dorg. Cuak lak nak benti. huhu

Yg tu malam semalam nye cite, tp arini mmg xde buat ape. Just dok umah n tgk movie. Mlm ni tadi tibe2 teringin nak makan kfc. Nk kuar sorang2 mls tp kfc xde delivery. Pastu tepikir gak nk delivery mcd, tp confirm out diet aku arini. Dah la fevret aku Double Cheese Burger. huhu Tapi bila pikir2 balik, sesekali je ape slh nye kan. So call la MCD, tp dorg cakap dorg xwat delivery kat area rumah aku. huhu Nasib baik gak kot. klu x abes la diet aku arini. so cam biasa makan biskut je la jwb nye..huhu Aku xberani nak cek berat aku takot xturun n nti mst kecewa. huhu Tunggu la ckup sebulan kot. Hope turun la sket even 1 kg. Rasa cam dah xlarat nk makan biskut. Maybe kena beli bnde len kot cam kellogs ker, makan ngan susu, oat ker. Kena pelbagaikan makanan yg ade. Tp sape2 yg nak diet tu make sure kena ikot cara diet yg betul, takot nti sbb nak diet sgt leh dtg penyakit2 lain lak cam gastrik ker and etc.

Next entry aku share cara2 diet yg betul kat korang. Lebih elok lg klu diet + bersenam sbb akan cpt sket turun berat badan n body pon akan cantek. Tapi sbb aku xbrape ade masa nk beriadah, aku just try diet je dlu, tp mmg ambil masa sket la, kena byk besabar ye.

Tu je utk kali ni nye entry. Tq 4 reading.

~FiezaOscura~

Saturday, May 14, 2011

What a boring day

Huh. What a boring day. Xtau nak buat ape. Seriously boring gile. Pagi tadi je ade monthly meeting jap smpai kol 1 pm. Mmg penat gile mana x nye malam smlm g jenjalan kat Danau Kota. 4 round kot. Xdela beli ape pon, just baju sehelai tp murah gle. rm10 je. tp chantek...hehe ngan beli pin tudung rm6. tu je la. nasib bek x abes byk sgt smlm. balik kol 2.30 am kot. gle la.huhu xpela sesekali dpt kuar camni. tp agak riso la lagi2 lately kan byk kisah 'acid splasher' yg dengar khabarnye dah smpai ke wangsa maju. wth! so mmg sgt2 careful la klu nak kuar skrg ni. xberani jalan sorang2 lagi2 kat tmpt sunyi.

So malam ni mmg xtau nak buat ape. Teringin nak tengok cite kongsi tp xde sape nak temankan i..sedey nyer.. :( Ape lagi, buka speaker pd volume yg paling tinggi, dengar lagu2 best dalam lappy ni. Sambil2 tu layan fb ngan twitter wlupon seriously boring dah tgk mende tu. Tadi sempat laa layan maharaja lawak minggu 7 kat youtube jap. Nabil xmenyegat sgt ah minggu ni. Yg buat i gelak pon jambu kot. Tapi i suke sepah. :) Jozan i suke gak tp bese2 jer.

Sesiapa yg ngah boring2 cam i, ajak la i kuar. i kan pemalu. segan nk ajak2 org ni.. hik3. gelak gedix. xmalu ek soh org ajak kite kuar. kikiki. tp ade aku kisah. haha ;p

~Fiezaoscura~